suria

Malaysia Di Landasan Terbaik Jadi Hab Halal Utama Global - Jamil Khir

BEAUFORT: Malaysia diiktiraf antara 54 badan rujukan terhadap pensijilan halal di peringkat dunia dan berada di landasan terbaik untuk merealisikan hasrat menjadi hab halal utama global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesedaran masyarakat antarabangsa meningkat terhadap usaha kerajaan dalam membangunkan industri halal.

Kepentingan soal halal harus dipertingkatkan memandangkan ia semakin bersifat global bersesuaian dengan perkembangan arus semasa, katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan empat sayap Umno Bahagian Beaufort di di sini Ahad.

Beliau turut menyarankan pemilik premis perniagaan di Sabah menukar atau memohon sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sahaja dan bukan dari mana-mana badan lain.

Sebelum ini, Jakim memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian selepas pindaaan Akat Perihal Dagangan 2011 dikuatkuaasa pada 1 Jan lepas. BERNAMA

Artikel Lain