suria

Enam Cedera Empat Koc Kereta Api Tergelincir Dari Landasan

Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang cedera selepas sebahagian koc kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Singapura tergelincir.

JOHOR BARU: Enam cedera apabila empat buah koc kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Singapura tergelincir dari landasan di sini pada pukul 3.30 petang, Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Johor Baharu (Utara) Supt Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku berdekatan Taman Impian Emas iaitu di antara Stesen Kulaijaya dan Kempas Baru.

"Penumpang terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terdapat 200 penumpang menaiki kereta api tersebut ketika kejadian.

Berikutan kejadian, perjalanan keretapi dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Singapura ke Kelantan terpaksa dibatalkan.

"Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh mendapatkan wang mereka kembali atau menukar tiket untuk tarikh perjalanan yang baharu," kata kenyataan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain