suria

Tun Abdullah Yakin BN Akan Dapat Sokongan Rakyat Pada PRU-13

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan yang baik daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata pemimpin BN terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN telah bekerja keras dalam memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada BN.

"Secara umumnya saya fikir Barisan Nasional boleh mendapat sokongan yang baik. Tetapi jika anda tanya berapa peratusannya saya tidak tahu," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai peluang BN pada PRU-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Terdahulu, Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas menyerahkan angpau RM100 tiap seorang dan bantuan berupa barangan keperluan kepada 220 warga emas di kawasan Parlimen Kepala Batas sempena Tahun Baharu Cina, di sini Sabtu.

Katanya beliau berharap BN dapat menawan semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini dan menggesa jentera parti bekerja kuat untuk merealisasikan perkara itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain