Tebusan Algeria: Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh - Semasa | mStar

Tebusan Algeria: Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata mayat Tan Ping Wee dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan 'tatoo' oleh keluarga mendiang.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang," menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan kadar segera mayat Tan bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.

Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K.Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38, dan Patrick Purait Awang.

Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.

Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain