Krisis Algeria: Mayat 2 Rakyat Malaysia Terkorban Dijangka Tiba Isnin - Semasa | mStar

Krisis Algeria: Mayat 2 Rakyat Malaysia Terkorban Dijangka Tiba Isnin

KUALA LUMPUR: Mayat dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh semasa krisis tebusan di kompleks carigali minyak di In Amenas, Algeria, dijangka tiba di tanah air Isnin ini, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

"Kita kena tunggu beberapa urusan (dokumen dan forensik) yang perlu diselesaikan di sana sebelum membawa mayat pulang dan sekiranya tiada masalah mayat akan tiba dalam masa dua hari," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dua rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee. Sebelum ini Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di Kompleks itu terselamat iaitu K. Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38 dan Patrick Purait Awang. Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.

Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, timur Algeria menjadi tebusan apabila sebuah kumpulan militan menggempur kompleks pemprosesan minyak dan gas milik syarikat Britain, BP, di timur Algeria.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.

Ketika ditanya berhubung kelewatan dalam mengenal pasti identiti mangsa, Kohilan menjelaskan ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh Wisma Putra dalam membuat kenyataan media seperti mengesahkan dengan pihak berkuasa tempatan.

"Pengesahan dari pihak berkuasa tempatan amat penting untuk mengelakkan pencanggahan fakta dan prosedur yang telah mereka tetapkan. Kita juga perlu menyemak dengan syarikat di mana rakyat kita bekerja untuk mendapat pengesahan," katanya.

Beliau menambah proses mengenal pasti dua mayat rakyat Malaysia itu dibuat berdasarkan ujian pergigian yang dilakukan jabatan forensik dan beberapa maklumat fizikal yang diberikan keluarga bagi membantu dalam proses mengenal pasti identiti.

"Selagi kita tidak mengikuti semua prosedur ini selagi itu kita tidak dapat mengesahkan mangsa yang terkorban adalah rakyat Malaysia, jadi di situ mungkin timbul sedikit kelewatan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Kerajaan Komited Bantu Kaum India - PM

Artikel Berikut

Langat 2 Diteruskan Demi Rakyat - Muhyiddin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain