Kaum India Diperalat Isu Kewarganegaraan - Semasa | mStar

Kaum India Diperalat Isu Kewarganegaraan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama pasangan adik-beradik, B. Reshina, 18, (dua kiri) dan Dinesh Kumar a/l Batumanathan, 26, serta Pakar Rujuk Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan, Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Datuk Siva Subramaniam (kanan) pada majlis penyerahan MyKad kepada pasangan adik beradik itu di Kementerian Dalam Negeri di sini, Jumaat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama pasangan adik-beradik, B. Reshina, 18, (dua kiri) dan Dinesh Kumar a/l Batumanathan, 26, serta Pakar Rujuk Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan, Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Datuk Siva Subramaniam (kanan) pada majlis penyerahan MyKad kepada pasangan adik beradik itu di Kementerian Dalam Negeri di sini, Jumaat.

PUTRAJAYA: Dua beradik B. Reshina, 18, dan B. Dinesh Kumar, 26, yang tercicir daripada mendapat MyKad hanya diperalat menyertai tunjuk perasaan tanpa mengetahui bahawa pembangkang tidak pernah membantu mereka memohon dokumen pengenalan diri.

Perkara itu didedah Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) Datuk Siva Subramaniam, selepas majlis penyerahan MyKad kepada dua beradik itu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, Jumaat.

Menurut Siva, dua beradik itu menyertai demonstrasi dengan harapan akan mendapat kewarganegaraan, tetapi hakikat adalah sebaliknya kerana pembangkang tidak pernah membantu mereka mengemukakan permohonan.

"Setelah berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja. Jadi saya minta pihak berkenaan tidak memperalat kaum India lagi," katanya.

Reshina sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila pembangkang mendakwa gadis itu berdepan masalah meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya, dan dijadikan alat untuk mengadakan demonstrasi di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.

Ketika ditemui pemberita di sini, Reshina berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan MyKad.

"Sebelum ini saya agak sedih kerana terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan menggunakan status warga asing. Dengan adanya MyKad ia akan memudahkan saya mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyelesaikan 62,604 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak 1997 hingga 2009, dan 44 peratus daripadanya mendapat kelulusan untuk hak kewarganegaraan.

Selain itu, kementerian juga berjaya menyelesaikan 109,044 permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak sejak 2005 hingga 2009.

Hishammuddin berkata kementerian akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses dan permohonan berkaitan kewarganegaraan dan daftar lewat, termasuk mempergiat program turun padang terutama di Sabah, Sarawak, kawasan Orang Asli dan Siam serta program khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KDN Nafi Lantik Syarikat Urus Daftar PATI

Artikel Berkaitan

default image

Kaum India Diperalat Isu Kewarganegaraan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain