suria

KDN Nafi Lantik Syarikat Urus Daftar PATI

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin atau menyediakan program khidmat imigran.

Menurut kenyataan kementerian di sini pada Jumaat, aktiviti syarikat tersebut adalah atas kapasiti sendiri dan tidak ada kaitan dengan kementerian.

"Pihak majikan dan orang awam diminta tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat itu.

"Mereka diminta menghubungi kementerian atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian," tambah kenyataan itu.

Artikel Lain