Pairin Optimis BN Bentuk Kerajaan Selepas PRU-13 - Semasa | mStar

Pairin Optimis BN Bentuk Kerajaan Selepas PRU-13

TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan optimis Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Justeru itu, Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengajak rakyat Sabah supaya bersatu dan seterusnya memberi kemenangan besar kepada BN.

Beliau turut meminta semua anggota parti komponen BN supaya berusaha keras bagi memastikan BN mencapai kemenangan dengan cemerlang.

"Rakyat Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan selepas PRU ke-13. Kita harus memperkuatkan lagi azam dan yakin dengan perjuangan kita bagi memastikan BN terus memerintah negara ini," katanya.

Pairin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tambunan, berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan seminar Jentera Pilihanraya BN Tambunan di Tambunan Resort, dekat sini, Khamis.

Turut hadir setiausaha BN Parlimen Keningau, yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik. BERNAMA

Artikel Berikut

Pelajar Tikam Rakan Sekelas Dengan Gunting

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain