suria

Janin Lima Bulan Ditemui Dalam Longkang

KUALA LUMPUR: Janin bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam sebuah longkang besar di belakang pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Sentul Manis di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata janin tersebut ditemui oleh seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 1.14 tengah hari.

"Janin cukup sifat itu dijumpai semasa kerja pembersihan dilakukan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas.

Zakaria berkata janin berkenaan ditemui di atas plastik sampah yang tersangkut kerana air cetek dan tidak mengalir deras.

Beliau berkata janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat pada pukul 3.30 petang. -- BERNAMA

Artikel Lain