suria

Pemilihan MIC Peringkat Cawangan, Bahagian Dan Pusat Ditangguhkan Selepas PRU-13

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat MIC memutuskan kesemua pemilihan parti peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan dibuat pada mesyuarat yang bersidang 17 Januari lepas itu turut mengambil ketetapan borang 'B' juga akan diedarkan kepada semua cawangan selepas PRU-13.

Beliau menyeru kepimpinan MIC seluruh negara memberikan tumpuan terhadap persediaan PRU-13 dengan menubuhkan Bilik Gerakan, menggerakkan aktiviti pilihan raya serta berjumpa terus dan mendampingi pengundi di tempat masing-masing. - BERNAMA

Artikel Berikut

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

Artikel Lain