suria

Kerjasama Kukuh Parti-Parti Komponen Penting Untuk Kemenangan BN Dalam PRU - Abdullah

JAKARTA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kesinambungan dalam kerjasama kukuh antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah penting untuk menentukan kejayaannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan berlangsung pada tahun ini.

Katanya parti-parti komponen BN sentiasa berusaha keras untuk kepentingan rakyat dan rakyat pula perlu terus memberikan mandat kepada BN kerana ia telah membuktikan kecemerlangan memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun.

"Adalah penting untuk BN meneruskan kesinambungan kerja-kerja pembangunan dan kemajuan negara. Jika rakyat memilih parti lain untuk memerintah tentu usaha-usaha kesinambungan pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Beliau berada di sini kerana mengikuti program lawatan Majlis Keamanan dan Kedamaian Asia (APRC). Abdullah merupakan seorang daripada Naib Pengerusi APRC.

Beliau berkata pemilihan calon yang kuat adalah juga penting untuk menentukan kemenangan BN dalam pilihan raya umum.

Beliau berharap setelah calon-calon dipilih oleh pucuk pimpinan parti, para anggota parti-parti komponen akan sentiasa mengutamakan kemenangan parti dan tidak bertindak mensabotaj parti. BERNAMA

Artikel Berikut

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

Artikel Lain