suria

Kejadian Kali Kedua Tanah Runtuh Serta Banjir Lumpur Di Putra Height, Subang Jaya

Kejadian tanah runtuh di tempat yang sama pada 4 januari lalu.
Kejadian tanah runtuh di tempat yang sama pada 4 januari lalu.
Kejadian tanah runtuh di tempat yang sama pada 4 januari lalu.

PETALING JAYA: Tanah runtuh bersama banjir lumpur dilaporkan berlaku sekali lagi di tempat yang sama di Putra Heights, Subang Jaya lewat petang Rabu selepas hujan lebat.

Menurut beberapa orang penduduk yang menghubungi mStar Online, kejadian itu disedari berlaku oleh orang ramai pada lebih kurang jam 7 malam Rabu.

Salah seorang penduduk di Laman Putra, Putera Heights, Carol Looi memberitahu, salah seorang penduduk di Seksyen 8 telah memaklumkan kejadian itu menerusi laman sosial persatuan penduduk.

Setakat ini tidak diketahui sama ada kejadian kali kedua ini melibatkan orang ramai atau tidak

Dalam kejadian pertama di tempat yang sama pada 4 Januari lalu tujuh buah kenderaan melibatkan lima kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya.

Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berikut

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

Artikel Lain