suria

BN Akan Lancar Kempen 'We Love Penang' Sebagai Tanda P.Pinang Milik Semua

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) yang membantah dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa semua acara yang menggunakan nama negeri itu perlu mendapat kelulusan akan melancarkan kempen 'We Love Penang' pada minggu depan sebagai menandakan Pulau Pinang dimiliki oleh semua orang.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata ia meliputi semua 40 kawasan pilihan raya negeri dengan tema 'Penang, Penang, Penang'.

"Kempen itu termasuklah dengan meletakkan poster dan nyanyian lagu negeri," katanya dalam sidang akhbar di SMJK (C) Jit Sin di sini, Selasa selepas memberi sumbangan RM200 daripada BN kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, daerah Seberang Prai Tengah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan berkata pada Isnin bahawa mana-mana acara yang dirancang dan mahu menggunakan perkataan "Penang" mesti diluluskan oleh pentadbiran beliau.

Beliau mengulangi pendirian yang diumumkan pada 15 September 2009, bahawa mereka yang mahu menggunakan nama "Penang" hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran kerajaan negeri.

Artikel Berikut

1.14 Juta Sertai Skuad Muda KDN

Artikel Lain