suria

TPM Tiba Di Melaka Untuk Lawatan Kerja Sehari

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di sini pada Selasa untuk lawatan sehari.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) memulakan lawatan dengan mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin BN negeri di ibu pejabat Umno Melaka di Jalan Hang Tuah.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Muhyiddin kemudian dijadual menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia dan penyampaian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malik di Cheng.

Timbalan Perdana Menteri juga akan menemui penjawat awam negeri dan persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh sebelum menghadiri majlis bersantai bersama rakyat di tapak pasar malam Taman Sri Duyong.

Pada sebelah malam, beliau dijadual menghadiri jamuan Makan Malam Gelombang Biru negeri Melaka di tempat letak kereta MITC sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain