suria

Lelaki Dipenjara Lima Tahun, Tiga Sebatan Kerana Meragut

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan rotan terhadap seorang lelaki kerana meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Apas pada 22 Disember tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Ardi Adan, 21, mengaku bersalah meragut beg tangan wanita berkenaan ketika mangsa turun dari sebuah bas di Batu 4, Jalan Apas, kira-kira pukul 2.10 petang.

Berdasarkan fakta kes, mangsa pada tarikh kejadian menaiki sebuah bas ke Batu 4 dan ketika turun dari bas, tiba-tiba seorang daripada tiga lelaki yang turut turun, meragut beg tangan wanita itu dan cuba melarikannya.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyedari kejadian itu selepas mangsa menjerit meminta tolong, mengejar suspek dan berjaya menangkap serta menyerahkannya kepada polis.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Joan Lee. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain