suria

Isu Pemilihan DAP: ROS Panggil Dua Ahli Parti

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) akan memanggil dua ahli DAP yang mendakwa berlaku manipulasi dalam pilihan raya parti itu baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bantuan mereka diperlukan kerana ROS sedang memulakan siasatan terhadap skandal pilihan raya parti itu.

"Lebih banyak bukti diperlukan, oleh itu mereka dipanggil untuk membantu ROS," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pada 15 Januari, dua ahli DAP menghantar surat aduan kepada ROS mendakwa berlaku manipulasi dalam pilihan raya parti dan meminta siasatan dilakukan.

Terdahulu, Vincent Wu memperoleh 1,202 undi, mengatasi nama-nama besar seperti Zairil Khir Johari, Naib Pengerusi M Kulasegaran, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh.

Kemudian, DAP mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, membolehkannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Artikel Berikut

Artikel Lain