suria

Enam Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Titingan

TAWAU: Enam buah rumah musnah dan dua lagi rosak dalam kebakaran di Kampung Titingan, Jalan Damai pada Selasa.

Bagaimanapun bilangan keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu belum dapat dipastikan.

Penolong Ketua Balai Bomba Tawau, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.14 petang sebelum menggegaskan tiga jentera dan tiga utiliti lain berserta 26 anggota yang tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran pada 4.11 petang.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain