suria

PM Berlepas Ke Kaherah Untuk Lawatan Kerja Tiga Hari

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Kaherah, Mesir untuk lawatan kerja tiga hari.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.20 pagi.

Selepas lawatan kerja ke Mesir, Najib yang juga Menteri Kewangan, dijadual menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dari 23 hingga 27 Januari.

Beliau dijadual pulang ke tanah air pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain