suria

Pendidikan Terlalu Berharga Untuk Dipolitikkan - PM

TUMPAT: Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan negeri-negeri diterajui Pembangkang dalam hal pendidikan kerana ia terlalu berharga untuk dijadikan sebagai agenda politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun Kelantan berada di bawah pemerintahan pembangkang PAS selama lebih 20 tahun, para pelajar di negeri itu menikmati faedah yang sama dengan mereka di tempat lain.

“Kita mungkin mempunyai perbezaan pandangan dan kita boleh berhujah mengenai sesuatu isu.

“Tetapi kita menyedari bahawa pendidikan adalah jauh lebih berharga untuk ia dipolitikkan.”

“Kehadiran saya di sini hari ini adalah untuk mengulangi pendirian kerajaan,” katanya semasa lawatan sehari ke Kelantan pada Ahad.

Najib menegaskan bahawa kerana perhatian yang serupa diberikan kepada negeri itu, Kelantan muncul sebagai kedua terbaik dalam peperiksaan UPSR yang lalu.

Najib berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan sekolah RM100 kepada 3,274 pelajar dari tiga sekolah di sini.

Beliau turut melancarkan program Janji Ditepati dan membuat lawatan di Pasar Siti Khadijah.

Artikel Lain