suria

Nasib Dua Lagi Rakyat Malaysia Di Algeria Masih Belum Diketahui

PETALING JAYA: Nasib dua rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan sebagai tebusan di Algeria masih belum dikenal pasti, manakala tiga lagi yang lain selamat di kem yang dikawal oleh tentera.

Seorang jurucakap untuk Kedutaan Malaysia di Algeria berkata, mereka memantau laporan setiap jam daripada pihak berkuasa Algeria untuk mengetahui di mana kedua-dua rakyat itu.

“Kami sedang menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Algeria untuk mengetahui status mereka berdua,” kata jurucakap itu.

Kementerian Luar masih belum mengeluarkan nama dua rakyat Malaysia yang hilang tetapi beberapa sumber memberitahu bahawa mereka adalah Chong Ngen Chung dan Tan Ping Wee, di mana mereka merupakan antara lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks pemprosesan gas di Amenas, timur Algeria, berhampiran dengan sempadan Libya.

“Kami telah menghubungi keluarga mereka di Malaysia, dan mereka juga tidak mendapat sebarang perkhabaran mengenainya,” kata seorang diplomat.

Tiga rakyat Malaysia yang lain adalah Patrick Purait Awang, Lau Seek Chiang an K.Ravi yang terselamat daripada tawanan itu, yang akan kembali pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Isteri Lau telah membuat laporan polis, apabila dia berasa terganggu untuk melayani permintaan daripada media.

Patrick dan Lau dari Sarawak, manakala Ravi dari Pulau Pinang.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara ratusan tebusan yang dibebaskan selepas pasukan khas bersenjata Algeria mengawal ketat militan yang menawan mereka.

Di GEORGE TOWN, keluarga Ravi berdoa mengenai dua lagi rakyat Malaysia yang masih belum dikenal pasti.

Adik perempuan Ravi, K. Shanthi, 45, berkata, keluarganya kini berdoa supaya kelima-lima rakyat Malaysia pulang ke tanah air dengan selamat.

Dia berkata, apabila mendapat tahu mengenai Ravi ditawan sebagai tebusan, dia berasa gentar.

“Kami merasa lega apabila Wisma Putra memaklumkan kepada kami bahawa Ravi selamat selepas tentera Algeria telah memasuki kawasan itu untuk menyelamatkan tahanan,” katanya.

Shanti berkata, tiada berita lain yang lebih gembira apabila kakak iparnya, Dorren Michael Tajie, 45, menerima panggilan telefon satelit daripada Ravi, memaklumkan bahawa dia selamat dan meminta supaya keluarganya tidak begitu bimbang mengenainya.

Dia berkata, Wisma Putra menasihatkan mereka untuk tidak memberikan banyak keterangan kepada media sehingga insiden tebusan dapat diselesaikan sepenuhnya.

Pasukan khas bersenjata Algeria dilaporkan telah membebaskan lebih 600 tebusan.

Bagaimanapun, kira-kira 30 warga asing masih belum dikenal pasti, menjadikan mereka sebagai tebusan selama empat hari setakat Sabtu.

Artikel Lain