suria

MCA Gerakkan Anggota Sertai Pencarian William Yang Hilang

Gambar William yang disiarkan di muka depan akhbar The Star pada Ahad bertarikh 20 Januari 2012 berikutan kehilangannya di Putra Heights sejak Rabu lalu.

PETALING JAYA: MCA akan menggerakkan seramai sejuta anggotanya untuk membantu dalam pencarian William Yau, kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun yang hilang di Putra Heights di sini pada Rabu lalu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau sudah mengarahkan akar umbi parti untuk membantu keluarga itu dengan sedaya-upaya.

“Ini untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke keluarganya. Ini bukan kerana politik.

“Kami meminta supaya seluruh rakyat Malaysia bekerjasama untuk menjejaki kanak-kanak ini,” katanya.

William memakai kemeja-T warna kuning ketika hilang di Putra Heights dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya kesan akibat terjatuh.

Dr Chua berkata, parti akan mencetak poster dan risalah untuk diedarkan di tempat-tempat strategik termasuk pasar dan tempat makan.

Beliau berkata, MCA turut bekerjasama dengan jaringan persatuan dan organisasi Cina dalam pencarian itu.

Dr Chua menggesa rakyat Malaysia supaya berdoa mengenai keselamatan kanak-kanak lelaki itu, sambil menambah bahawa adalah satu harapan untuk setiap rakyat Malaysia bahawa keluarga itu akan dipertemukan tidak lagi dalam musim perayaan Tahun Baru Cina.

Dr Chua berkata, beliau akan berbincang dengan polis mengenai bagaimana MCA dan rakyat Malaysia boleh bekerjasama secara efektif dalam pencarian ini.

Artikel Lain