suria

Dua Lelaki Ditahan Miliki Pil, Serbuk Dadah Di Dungun

DUNGUN: Polis menahan dua lelaki dan merampas kira-kira 1,340 biji pil serta serbuk putih dipercayai dadah di Taman Permint, di sini awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata kedua-dua sahabat yang berusia 44 dan 38 tahun itu ditahan oleh dua kereta peronda kira-kira pukul 4.00 pagi setelah melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta yang mereka naiki.

Katanya, pihak polis menahan kereta tersebut dan hasil pemeriksaan, menemui pil dan serbuk tersebut selain wang tunai kira-kira RM1,500 serta telefon bimbit.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Lain