suria

PM Jamin Pimpinan BN Agih Kek Ekonomi Negara Secara Adil

Najib berganding tangan bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Ramlan Othman, Pengerusi GABEM, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat dan Pengerusi GABEM Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada majlis penyerahan memorandum sokongan Badan-Badan Ekonomi Melayu/Bumiputera (B.E.M) dan penyampaian sumbangan pengurusan kepada B.E.M dan Majlis GABEM Negeri di Putrajaya, Jumaat. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kepentingan orang Melayu dan tidak pernah merampas dan menafikan hak orang bukan Melayu, khususnya dalam mengagihkan "kek ekonomi negara."

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan ekonomi negara berkembang agar kekayaan negara boleh dibahagikan secara adil dan saksama di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang dilaksanakan telah membuahkan hasil apabila negara ini menerima pelaburan yang tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang melepasi 5.0 peratus.

"Dengan ini, kita boleh melakukan pengagihan semula dengan tidak menafikan hak orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas apa yang ada pada mereka. Sebaliknya, kita boleh mengagihkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi itu kepada orang Melayu dan Bumiputera."

"Inilah dari segi mikro yang dilakukan oleh kerajaan dan disebabkan itu rakyat bukan Melayu dan Bumiputera memahami pendekatan kerajaan dan mereka tidak marah dan tidak menentang dasar untuk menolong orang Melayu dan Bumiputera.

"Mereka (orang bukan Melayu) faham bahawa kestabilan jangka panjang negara kita ini mesti bersandar kepada masyarakat negara yang kekayaannya diagihkan secara adil dan saksama," katanya pada Majlis Penyerahan Memorandum Sokongan Badan-Badan Ekonomi Melayu/Bumiputera kepada Perdana Menteri di sini Jumaat.

Majlis anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) itu juga dihadiri Pengerusinya, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik dan Ketua Pegawai Eksekutif GABEM Datuk Ramlan Othman.

Najib berkata Umno, yang menjadi tunjang BN, akan terus berusaha untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera berdasarkan merit dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

"Kita cuba beri peluang kepada Melayu dan Bumiputera yang terbaik supaya ada daya saingan yang sihat dan dapat melangsungkan perniagaan berdasarkan pada kemampanan.

"Tidak guna beri peluang tetapi beberapa tahun kemudian perniagaan mereka terlingkup, tertiarap atau terjongkang atau mengkarak. Berapa ramai Melayu, peniaga Melayu dan Bumiputera lumpuh dan hangus apabila berlaku krisis kewangan pada 1997 kerana tiada kemampanan dan kurang berdaya saing," katanya.

Najib juga melahirkan rasa syukur kerana penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) membuahkan hasil dan ekuiti Melayu dan Bumiputera telah meningkat kepada 23.09 peratus pada 2010 berbanding 21.9 peratus pada 2008.

"Kerajaan telah berusaha memartabatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada 1969 dan tarikh keramat itu merupakan titik permulaan itu kepada perubahan dasar negara.

"Dasar Ekonomi Baru diumumkan oleh pimpinan negara pada masa itu adalah tindakan afirmatif yang memberi sedikit kelebihan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Pada ketika itu, ia tidak dianggap sebagai langkah mendiskriminasikan kaum lain."

"Hari ini, sebahagian daripada dunia menganggap bahawa dasar-dasar baharu atau gagasan baharu dalam bentuk tindakan afirmatif ini dilabelkan sebagai dasar diskriminasi dan tidak boleh diterima."

"Bagi pihak kerajaan, kita faham dunia sudah berubah dan sebab itu langkah-langkah untuk menolong Melayu dan Bumiputera perlu dilaksanakan dengan cara lebih bijak dan tepat," katanya lagi.

Najib juga menegur sikap Melayu dan Bumiputera yang mahu menjadi golongan merentir sehingga menyebabkan pemilikan ekuiti 30 peratus untuk Melayu dan Bumiputera tidak tercapai.

"Kalau boleh, kita nak kurangkan golongan merentir. Ramai yang menghulurkan surat untuk minta bantuan. Kita pun tidak pasti sama ada mereka cekap atau tidak."

"Kalau kita menggalakkan golongan merentir, bilakah masa kekuatan orang Melayu dalam ekonomi akan meningkat dan bilakah masa kita nak teruskan dasar ini?. Pelaksanaannya tidak kena pada tempat. Kalau daripada dahulu kita tidak bagi merentir, hari ini pemilikan ekuiti 30 peratus akan tercapai," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain