suria

Krisis Tebusan Algeria: Tiga Rakyat Malaysia Selamat, Nasib Dua Lagi Belum Diketahui

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Algeria belum dapat mengetahui nasib dua daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks minyak di Amenas ketika diculik dan dijadikan tebusan oleh militan negara itu baru-baru ini.

Kedutaan Malaysia yang terletak di Algiers berkata seramai lima orang rakyat Malaysia bekerja di kompleks minyak tersebut ketika insiden penculikan berlaku.

Bagaimanapun pihak kedutaan berjaya menghubungi tiga orang daripada mereka dan mengesahkan mereka berada dalam keadaan selamat, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, pihak kedutaan masih belum mengetahui nasib dua lagi rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan.

Tiga rakyat Malaysia yang terselamat ialah, Patrict Purait Awang, Lau Seek Chiang dan K Ravi.

Pihak kedutaan juga sedang berusaha untuk membawa pulang tiga rakyat Malaysia yang selamat ke Kuala Lumpur.

Artikel Lain