suria

Hishammuddin Akan Pertahan Parlimen Sembrong

KLUANG: Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan calon sedia akan mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kerusi Parlimen di kawasan Sembrong pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong yang disandangnya sementara Datuk Hoo Seong Chang dan R. Vidyanathan akan mempertahankan kerusi masing-masing di Dun Paloh dan Kahang.

"Penduduk di Sembrong lebih mengetahui bagaimana kami melaksanakan tanggungjawab dan perkhidmatan kami.

"Mereka patut sokong dan mengundi ketiga-tiga kami ini bagi membolehkan kami terus berkhidmat di sini," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Hishammuddin turut menghadiri mesyuarat koordinasi pilihan raya kawasan Sembrong yang diadakan di bangunan MCA Paloh.

Artikel Lain