Guan Eng Masih Enggan Jawab Isu Kalimah Allah - Semasa | mStar

Guan Eng Masih Enggan Jawab Isu Kalimah Allah

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan menjawab dan mengelak daripada cubaan wartawan sekali lagi untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan PAS menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

"Saya tidak akan bercakap di hadapan media Barisan Nasional (BN)," itu alasan Lim apabila wartawan meminta komennya selepas majlis sambutan Thai Ponggal di pejabat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang di sini Jumaat.

Beliau kemudian beredar meninggalkan majlis dengan senyum sinis kerana wartawan terus mengejarnya.

Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh setiausaha agung DAP itu dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Hishammuddin Akan Pertahan Parlimen Sembrong

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain