suria

Vatican Lantik Duta Ke Malaysia Pertama

PETALING JAYA: Pope Benedict XVI melantik Ketua Biskop warga Amerika Syarikat (AS), Joseph Marino (gambar) sebagai duta Apostolic Nuncio (wakil Pope) ke Malaysia, selepas memutuskan untuk membuka sebuah ‘nunciature’ (kedutaan) di Kuala Lumpur.

Wakil itu merupakan wakil diplomatik Pope yang mempunyai pangkat setaraf duta.

Pengumuman itu dilihat sebagai perkembangan yang begitu signifikan terhadap hubungan Holy See dan negara Islam di Asia Tenggara, kata laporan Vatican Insider pada Rabu.

Laporan itu berkata, Pope turut melantik Marino sebagai Apostolic Nuncio ke Timor Lester dan Delegasi Apostolic ke Brunei Darussalam.

Kenyataan Vatican itu tidak menyebut mengenai pembukaan ‘kedutaan’ itu tetapi sumber-sumber mengesahkan perkara tersebut akan berlaku.

Perkembangan yang penting dalam hubungan melibatkan dua pihak antara Holy See dan Malaysia dilihat selepas kedua-duanya bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan Pope Benedict pada Julai 2011.

Malaysia menjadi negara ke-179 yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Holy See.

Para pemerhati mengalu-alukan perkara itu sebagai langkah signifikan untuk memperkukuhkan hubungan baik antara penganut Kristian dan orang Islam yang bukan sahaja di negara ini yang mempunyai 28 penduduk, tetapi secara global.

Artikel Lain