Malaysia Mampu Laksana Pendidikan Percuma Jika Semua Subsidi Ditarik Balik - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Malaysia Mampu Laksana Pendidikan Percuma Jika Semua Subsidi Ditarik Balik - Ismail Sabri

BERA: Malaysia boleh melaksanakan pendidikan 100 peratus percuma hanya jika semua subsidi keperluan asas termasuk petrol dan diesel dimansuhkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun katanya, jika itu yang dilakukan rakyat keseluruhan akan berdepan pelbagai kesukaran, termasuk menanggung peningkatan harga barangan.

"(ini) seperti penduduk di beberapa negara Eropah seperti Sweden, Perancis, Sepanyol dan Portugal yang tidak mendapat subsidi dan terpaksa membeli barangan keperluan asas berdasarkan harga pasaran semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Kerayong dekat sini Jumaat.

Beliau berkata di Sepanyol misalnya, kadar inflasi dan pengangguran di negara itu meningkat 20 peratus berbanding Malaysia yang dilihat masih boleh mengatasi inflasi dan kadar pengangguran.

"Harga barang yang meningkat tanpa subsidi menyebabkan rakyat susah dan kadar pengangguran terus meningkat, nisbahnya dalam 100 orang penduduk di Sepanyol, 20 daripadanya adalah penganggur," katanya.

Beliau berkata diminta mengulas saranan seorang pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang meminta kerajaan memberi pendidikan percuma seperti pelajar di Switzerland, Venezuela dan beberapa negara Amerika Latin pada satu forum di UUM, Sintok baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan berbillion ringgit setahun bagi menanggung subsidi untuk mengelak rakyat menangung bebanan kenaikan harga barang.

"Sebenarnya Malaysia telahpun memberikan pendidikan percuma dari tahap sekolah rendah hingga sekolah menengah.

"Di peringkat universiti, kerajaan menanggung 90 peratus daripada pembiayaan perbelanjaan untuk mahasiswa melanjutkan pelajaran," katanya.

Selain itu katanya, rakyat di negara yang memberikan pendidikan 100 peratus percuma dikenakan cukai pendapatan yang tinggi dan tidak mendapat perkhidmatan lain secara percuma.

Sebanyak 14,000 pelajar di daerah Bera akan menerima bantuan persekolahan itu melibatkan peruntukan RM1.4 juta. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal