SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bermula Khamis - Semasa | mStar

SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan Rang Daftar Pemilihan Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2012 di 949 lokasi seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini (Khamis).

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan pada Khamis berkata, Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lepas.

"SPR telah menerima sebanyak 295,122 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 243,751 pemilih baru dan 51,371 pemohonan pertukaran alamat pusat mengundi pemilih yang telah berdaftar dengan SPR.

"Pemohon dinasihatkan menyemak Rang DPT itu. Bagi permohonan pendaftaran baru jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserah kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan," katanya.

Sabri berkata, pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT itu boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Seseorang boleh membantah terhadap tidak lebih 20 orang selaras subperaturan 15(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2012 dan dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan.

"Sepanjang tempoh pameran, SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan ialah kerana mereka didapati meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya," kata Sabri.

Pameran Rang DPT itu akan dipamerkan antaranya di pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks/pejabat kerajaan, Pejabat Daerah/Pejabat Tanah dan Majlis Daerah/Perbandaran.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Rang DPT itu, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88856565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak Rang DPT. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain