suria

PM Gembira Dengan Transformasi Undang-Undang Negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan perkembangan positif transformasi undang-undang di negara ini.

Pada masa sama beliau juga gembira dengan keberkesanan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan tahun lalu bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam entri terbaharu beliau di laman Facebook, Khamis, Najib berkata kegembiraan mengenai perkara itu dinyatakannya semasa menyampaikan ucaptama sempena perasmian Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi dan Tanggungjawab: Harapan dengan Cabaran di sini, Isnin lepas.

"Dalam ucapan tersebut, saya menyatakan kegembiraan saya terhadap perkembangan positif transformasi undang-undang di negara ini serta keberkesanan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan tahun lalu," katanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia, Razak School of Goverment (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai transformasi beberapa bahagian undang-undang yang sedang dilakukan khususnya berhubung keselamatan serta hak dan kebebasan asasi. - BERNAMA

Artikel Lain