suria

Pengecualian Bil Elektrik Untuk Golongan Berpendapatan Rendah Diteruskan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus membiayai bil elektrik pengguna bagi penggunaan RM20 dan ke bawah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ia merupakan pengecualian berterusan ke atas golongan berpendapatan rendah, yang diperkenalkan dalam Bajet 2009.

“Tahun lepas kami membelanjakan RM146 juta (untuk pengecualian), di mana memanfaatkan 1.1 juta isi rumah, dan tahun ini kami akan melakukannya lagi,” katanya selepas melancarkan Hari Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat kebangsaan di sini.

Pengecualian itu diberikan berdasarkan bil bulanan pengguna.

Dalam tahun pertama pelaksanaannya, purata RM11.95 juta sebulan dibelanjakan untuk membiayai kos pengecualian itu, di mana ia diperluaskan kepada 1.95 juta pengguna.

Artikel Lain