Nik Aziz Anggap Isu Kalimah Allah Selesai - Semasa | mStar

Nik Aziz Anggap Isu Kalimah Allah Selesai

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Rabu berkata beliau menganggap isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam.

Beliau berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 599 penghulu mukim, 131 penghulu tanpa mukim dan 59 wakil kaum di sini, Rabu.

Isu kalimah Allah timbul apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin PAS yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura Ulama PAS agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam.

Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Panggilan Terakhir' 21 Mac Untuk PRU-13

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain