suria

China Iktiraf 71 Universiti dan Kolej Universiti Tempatan – Dr Hou

PUTRAJAYA: China mengiktiraf sebanyak 71 universiti dan kolej universiti tempatan yang menempatkan seramai 10,000 warganegaranya yang masih dalam pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, pengiktirafan itu berikutan satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada tahun 2011.

“Perjanjian hanya meliputi institusi-institusi yang menawarkan kursus peringkat ijazah.

“Sebilangan institusi telah dinaik taraf kepada universiti atau kolej universiti, kami akan menghantar mereka senarai institusi yang terkini (untuk diiktiraf) menjelang akhir bulan,” katanya kepada pemberita.

Artikel Lain