suria

Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Didakwa Cabul Wanita

BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pegawai daerah mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.

Bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya, 51, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Noramiza Azmee, 29 pada 26 April 2011 di pejabatnya di Jalan Betek, Sungai Rambai.

Pertuduhan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebatan, atau kedua-duanya.

Majistret, Chiang Kian Hong menetapkan ikat jamin RM8,000 dan tarikh perbicaraan 25 Februari untuk tarikh sebutan kes.

Artikel Lain