Banjir Di Jakarta: Pelajar M'sia Selamat Tapi Diarah Berpindah - Semasa | mStar

Banjir Di Jakarta: Pelajar M'sia Selamat Tapi Diarah Berpindah

JAKARTA: Education Malaysia (EM) Indonesia pada Khamis mengarahkan pelajar Malaysia yang terjejas teruk dengan banjir di Jakarta supaya berpindah ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.

Pengarah EM, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, pada masa ini semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan telah bersiap sedia berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

"Pihak EM Indonesia sentiasa berhubung dengan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta Asydad Azharudin dan Pengerusi Kelab Umno Jakarta, Farisan, untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar-pelajar yang terlibat selain telah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) bencana diaktifkan," katanya di sini. Kawasan kediaman pelajar Malaysia di Grogol dan Tanjung Duren di Jakarta Barat, adalah antara kawasan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 1 meter, dalam kejadian banjir di Jakarta akibat hujan lebat sejak awal hari ini hingga tengah hari Khamis.

Pelajar Malaysia yang terlibat kebanyakannya penuntut Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universiti Trisakti.

Kedua-dua universiti itu telah membatalkan kuliah kerana kawasan universiti turut terjejas akibat banjir.

Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir mulai Khamis hingga 27 Januari berikutan banyak tempat dinaiki air termasuk kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain