suria

Lelaki Maut Nahas Kereta Dan Lori Di Temerloh

KUANTAN: Akibat hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan lori di km37 Jalan Jerantut - Temerloh, dekat Temerloh Selasa.

Hew Yuh Fuh, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian pada pukul 12.55 tengah hari itu, Lee dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Temerloh.

"Mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohamed Fauzi berkata mayat Lee dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Lain