Guan Eng Tidak Komen Isu Kalimah Allah - Semasa | mStar

Guan Eng Tidak Komen Isu Kalimah Allah

GEORGE TOWN: Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini pada Selasa gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu kalimah 'Allah' dan keputusan PAS menolaknya.

"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.

Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Lim dengan suara yang perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa-apa soalan tak?" sebelum bingkas bangun dan beredar.

Bagaimanapun, pada Isnin seorang wartawan dikatakan telah bertanya soalan serupa dan Lim berkata beliau tidak akan memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Lim dalam ucapannya sempena Krismas lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Malaysia.

Kenyataan Lim itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti-parti sekutu pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim, malah berkata kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain