suria

Polis Tahan 19 Pati Dalam Operasi Di Pekan Telupid

BELURAN: Polis menahan 19 pendatang tanpa izin dalam satu operasi di sekitar Pekan Telupid, Isnin.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata 17 yang ditahan adalah lelaki dan dua lagi wanita berusia lingkungan 20 dan 40 tahun.

Beliau berkata dalam operasi bermula pukul 10 pagi dan berakhir 3 petang itu, kesemua warga asing terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kebanyakan pendatang tanpa izin yang ditahan merupakan pekerja ladang warga Filipina dan Indonesia, katanya.

Sivanathan Velautham berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan diserahkan kepada jabatan berkenaan di Sandakan untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi itu dijalankan 18 anggota polis yang diketuai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Daerah Tuaran Inspektor Nasyrul Ridzuan. - BERNAMA

Artikel Lain