Malaysia Tidak Akan Laksana Sistem Satu Parti - PM - Semasa | mStar

Malaysia Tidak Akan Laksana Sistem Satu Parti - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak pernah ada dan tidak mungkin akan ada sistem satu parti dilaksanakan di Malaysia.

Beliau berkata ini adalah kerana rakyat di negara ini mempunyai sudut pandangan berbeza yang sihat.

"Sejarah menunjukkan amalan demokrasi di negara ini tidak pernah terputus sejak rakyat buat kali pertama mengundi sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1959 kecuali untuk tempoh kurang dua tahun apabila negara diletakkan di bawah pemerintahan MAGERAN pasca tragedi 13 Mei 1969.

"Sejarah juga menjadi saksi bahawa tidak pernah ada kudeta tentera di Malaysia kerana prinsip 'civilian supremacy' (supremasi/ketuanan awam) sentiasa difahami dan dihormati semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Keselamatan dan Hak asasi di sini, Isnin.

Najib berkata Malaysia adalah satu daripada beberapa negara dalam dunia yang berkeupayaan membina sebuah negara majmuk tanpa mengorbankan prinsip teras demokrasi. Katanya atas kesedaran bahawa kesepaduan sosial boleh hancur pada bila-bila masa, pemimpin terdahulu sentiasa berusaha bagi mencapai keseimbangan yang betul untuk melindungi hak individu di samping memastikan kepentingan kolektif terpelihara demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

"Bagi generasi hari ini, (ia boleh di)guna untuk menyongsong obor ini kepada generasi berikutnya, amat penting untuk kita memahami mengapa, bagaimana dan dalam situasi apakah peraturan dan dasar tertentu diwujudkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain