suria

Kontraktor Ditemui Mati Dengan Leher Dijerut Tali

KOTA SAMARAHAN: Seorang kontraktor berumur 62 tahun ditemui mati dan dipercayai dibunuh di sebuah rumah sedang dalam pembinaan di Taman Samarindah di sini, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Samarahan ASP Mohd Ibrahim Jalaluddin, yang mengesahkan kes itu, berkata mayat Tan Hong Pheng ditemui dengan tali nilon dijerut di lehernya.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa pembunuhan itu mungkin bermotifkan rompakan kerana kami mendapati wang tunai dan beberapa dokumen peribadi mangsa telah hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang awam yang melalui kawasan rumah itu kira-kira 7.25 pagi mendapati mangsa terbaring kaku di dalam rumah sebelum dia menghubungi polis.

Mohd Ibrahim berkata kemungkinan terdapat lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Lain