suria

Kerajaan Selangor Siar Maklumat Usaha Pulih Bekalan Air Di Akhbar Mulai Esok

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyiarkan maklumat terkini mengenai usaha yang dilakukan untuk memulihkan bekalan air di Lembah Klang, melalui beberapa akhbar utama pelbagai bahasa, mulai esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor pada Isnin, maklumat berkenaan termasuklah hasil pemantauan dan pertemuan harian Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), pihak berkuasa tempatan dan pihak lain yang terlibat.

"Maklumat berkenaan bagi membolehkan orang ramai mengetahui perkembangan terkini membabitkan usaha yang dilakukan untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor," menurut kenyataan itu.

Langkah berkenaan adalah bagi memastikan semua pihak yang terbabit dengan masalah itu bekerjasama dalam memastikan bekalan air kembali pulih demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain