Kasanova Perdaya Lebih 20 Wanita Ditahan - Semasa | mStar

Kasanova Perdaya Lebih 20 Wanita Ditahan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang disyaki memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman-laman web sosial dan mengaut lebih RM500,000 sejak 2001, akhirnya ditahan polis.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini pada 4 Januari hasil risikan dan maklumat awam, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Roslee Chik.

Beliau berkata lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.

"Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.

"Ada juga mangsa yang sanggup membuat pinjaman bank dan menyerahkan kereta kepada lelaki itu. Kami minta wanita yang pernah berkenalan dan ditipu individu yang menggunakan nama Dr Shiva Nair, Dr Ragunathan dan Keeran Raj datang ke balai polis untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.

Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.

Roslee berkata suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?