suria

Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng Akui Ada Tumor Otak

SIBU: Selepas beberapa hari spekulasi mengenai kesihatan Ahli Perlimen Sibu Wong Ho Leng telah mengumumkan bahawa beliau mempunyai tumor pada otak.

"Saya seorang tokoh awam dan saya tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan apa-apa daripada anda," kata Wong dalam satu sidang akhbar pada Sabtu untuk menjelaskan bahawa beliau sedang menjalani radioterapi enam minggu dan rawatan kemoterapi di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Beliau mendedahkan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak) dalam otak pada 20 Disember lalu.

"Glioma dalam erti kata ia tidak merebak ke tempat lain. Ia menjejaskan fungsi percakapan dan menelan makanan, "kata Wong, yang juga ADUN Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak.

Beliau menceritakan bahawa sebelum ke Pulau Pinang untuk konvensyen kebangsaan parti itu pada 15 Dis, dia letih dan berasa kesihatan terjejas.

"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," kata Wong.

Beliau berkata selepas tiba di Australia, dia segera membuat pemeriksaan perubatan. Wong berkata beliau sentiasa berfikiran positif untuk sihat sepenuhnya memandangkan pelihan raya yang semakin hampir.

Beliau berkata bahawa penyakitnya tidak akan menjejaskannya untuk terus bergiat aktif dalam politik, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain