suria

Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bakar Kereta JPJ

LUMUT: Tiga suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian bakar kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Ayer Tawar pada Jumaat.

Ketua Polis Negeri Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek ditahan pada Jumaat dan Sabtu.

"Siasatan masih berterusan dan kita akan menahan beberapa orang lagi suspek," katanya kepada The Star, enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat, sebuah kenderaan JPJ jenis Toyota Fortuner diterbalikkan dan dibakar oleh orang awam berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan, termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.

11 kenderaan terlibat dalam kemalangan manakala 15 orang tercedera.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau sedih dengan kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian negatif.

"Kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan lagi kerana perkara itu masih dalam siasatan polis. Walau bagaimanapun, keutamaan kerajaan negeri adalah untuk memastikan ada undang-undang dan ketenteraman," katanya sambil menambah bahawa beliau telah diarahkan DCP Mohd Shukri untuk menyediakan laporan mengenai kejadian itu .

Artikel Berikut

Artikel Lain