PM: BN Akan Selesai Masalah Air Di Selangor Jika Diberi Mandat Dalam PRU - Semasa | mStar

PM: BN Akan Selesai Masalah Air Di Selangor Jika Diberi Mandat Dalam PRU

SEMENYIH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menyelesaikan masalah air di Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk memerintah kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.

"Selangor mempunyai banyak masalah sekarang termasuk masalah air.

"Saya berasa begitu sedih melihat orang, terutama kaum tua, terpaksa berhempas-pulas membawa baldi air ke rumah pangsa mereka. Ada juga yang perlu untuk membawanya ke tingkat 10.

"Air adalah hak asasi setiap manusia. Kita mesti menyelesaikan keperluan asas rakyat. Ini bukan satu permainan politik tetapi tentang survival rakyat.

"Apa yang kita lihat hari ini adalah hanya sedikit yang akan berlaku pada tahun 2014, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sekiranya tiada apa yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah air," katanya semasa perhimpunan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) mesra bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco di sini pada Sabtu.

Najib menggesa orang ramai agar tidak terpedaya dengan kebenaran yang samar-samar dan janji-janji kosong.

"Jangan terpedaya lagi dengan janji kosong mereka. Mereka telah membuat janji-janji yang masih belum dipenuhi.

"Tetapi Barisan adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Kami tidak akan menjanjikan apa yang kita tidak boleh lakukan," katanya.

Najib juga memberitahu rakyat bahawa Kerajaan mengiktiraf sumbangan kaum India dan akan terus melakukan apa yang boleh untuk meningkatkan status sosial dan ekonomi masyarakat.

"Saya berjanji untuk menggandakan usaha kami untuk membantu masyarakat India dan semua rakyat Malaysia.

"Tetapi kita perlu mandat yang kuat dan besar untuk Barisan supaya kita boleh terus membuat peningkatan besar untuk rakyat," katanya.

Dalam ucapannya, Presiden IPF, M. Sambanthan berjanji untuk memberi sokongan parti yang tidak berbelah bahagi untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan memberi sokongan penuh kami kepada semua calon Barisan Nasional tanpa mengira siapa mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain