suria

Konsortium Malaysia Lancar Projek Battersea Di UK

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Development Company Limited (BPSDC), Robert Tincknell memerhati dengan teliti pelan pembangunan 'Circus West at Battersea Power Station' pada sidang media yang melibatkan wartawan-wartawan dari Malaysia dan United Kingdom di sini, baru-baru ini.

LONDON: Konsortium Malaysia yang terdiri daripada pemaju hartanah SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan rasminya melancarkan fasa pertama Battersea Power Station bernilai £8bilion (RM40 bilion).

Fasa pertama yang dinamakan Circus West di Battersea Power Station, mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak £900 juta (RM4.5 bilion).

BPSDC adalah syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan pembangunan semula Battersea Power Station di London.

Projek yang dijadualkan siap pada 2016 itu terdiri daripada pembangunan 1.1 juta kaki persegi blok kediaman serta komersial di Circus West yang terletak di bahagian barat stesen jana kuasa bersejarah berkenaan.

Sebanyak 990,000 kaki persegi akan dimajukan sebagai blok kediaman yang terdiri daripada 800 unit rumah berharga daripada 338,000 (RM1.64 juta) sehingga 894,000 (RM4.35 juta), manakala 110,000 kaki persegi akan dimajukan sebagai ruang komersial membabitkan restoran, galeri seni dan sebagainya.

Selepas London, program jualan fasa pertama projek Battersea Power Station itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini sebelum diteruskan di Hong Kong dan Singapura.

Ketua Eksekutif BPSDC, Rob Ticknell, berkata fasa pertama projek pembangunan semula Battersea Power Station itu dijangka mendapat sambutan daripada pembeli antarabangsa khususnya di UK bersandarkan kepada ciri-ciri unik kawasan berkenaan yang menjadi pusat pembangunan terakhir tebing sungai di London.

Beliau berkata, pihaknya gembira menyambut kedatangan pembeli ke salah satu mercu tanda ikonik Britain itu.

Sejak beberapa bulan lalu, kami menyaksikan minat luar biasa yang ditunjukkan pembeli berpotensi terhadap pembangunan unik ini.

Justeru, kami sangat gembira dapat mempersembahkan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada pusat pembangunan hebat di tengah kota London, katanya pada sidang media global sempena pelancaran fasa pertama pembangunan semula projek Battersea Power Station itu baru-baru ini.

Projek pembangunan semula mercu tanda yang pernah digunakan sebagai kulit album kugiran terkenal Pink Flloyd dan set filem King's Speech itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh sehingga 15 tahun membabitkan lapan fasa.

Ticknell berkata, fasa pertama projek itu akan bermula serentak dengan kerja ubah suai struktur ikoniknya iaitu empat serombong di setiap sudut bekas loji penjanaan tenaga London itu.

Katanya, kerja ubah suai membabitkan kos sebanyak 60 (RM292 juta) itu dijadualkan siap dalam tempoh 18 bulan, bertepatan dengan lengkapnya pembangunan fasa pertama.

"Kontraktor bagi kerja ubah suai itu baru saja dilantik. Kerjanya akan bermula tidak lama lagi," katanya.

Ticknell berkata projek itu juga akan diperkukuhkan dengan rancangan sambungan aliran tren Northern Line dengan Battersea Power Station menjadi hab penghubung stesen Nine Elms an Battersea.

Artikel Berikut

Artikel Lain