suria

Sayap Pemuda PR Anjur Detik Himpunan KL112 Di Dua Lokasi Malam Ini

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga sayap pemuda parti yang mewakili Pakatan Rakyat - PAS, DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan awal pada malam Jumaat di dua lokasi sebelum perhimpunan Kebangkitan Rakyat bermula pada Sabtu, 12 Januari.

mStar Online difahamkan dua lokasi tersebut adalah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini dan satu lagi di Dataran Anak Muda PJS, Taman Medan (Berhadapan Pejabat PAS Kawasan PJS), yang dijangka bermula pada pukul 9 malam ini.

Kedua-dua pertemuan tersebut merupakan acara awal sebelum berlangsung perhimpunan kemuncak besar-besaran pada Sabtu.

Dalam pertemuan malam ini juga difahamkan akan diadakan ceramah oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan dan juga NGO.

Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) akan diadakan di Stadium Merdeka pada pagi Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain