suria

Orang Awam Mengamuk Bakar Kereta JPJ

SITIAWAN: Sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditebalikan dan dibakar oleh orang awam berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan, termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.

11 kenderaan terlibat dalam kemalangan manakala 15 orang tercedera.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kenderaan JPJ tersebut cuba memintas dan menghentikan sebuah lori.

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan JPJ itu.

Tindakan brek secara mengejut itu mengakibatkan kenderaaan lain di belakang lori merempuh antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Timbalan Supt Ahmad Mat Isa, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan.

Beberapa anggota polis yang dilaporkan berada di tempat kejadian dikatakan gagal mengawal kemarahan orang ramai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain