suria

Seorang Suspek Lolos Dikesan Di Lebuh Raya Butterworth-Kulim 2 Pagi Tadi

KEPALA BATAS: Salah seorang daripada tujuh tahanan yang berjaya meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang Isnin lalu dilihat membeli roti di stesen minyak Shell di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Penanti arah Kulim, pada pukul 2 pagi Khamis.

Kawasan RnR itu terletak di Lebuhraya Butterworth-Kulim Difahamkan, suspek datang melalui ladang kelapa sawit Kampung Tun Sardon, Penanti yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak berkenaan.

Lelaki yang dikenalpasti sebagai Shahrimy Mohd Noor, 28, dilihat tergesa-gesa membeli dua buku roti dan air, kira-kira jam 2 pagi sebelum melarikan diri semula ke dalam ladang kelapa sawit.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mengesan suspek di sekitar ladang kelapa sawit melalui jalan darat dan udara.

Enam lagi suspek yang berjaya melarikan diri pada Isnin adalah, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, Hamzani Abdul Rahman, 37, Hissham Abdul Rahman, 39, Mohd Fairus Adam, 31, Mohd Noor Mustafa, 28 dan Farid Akhtar yang tidak dapat dipastikan umurnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain