suria

Pekerja Kedai Tayar Dipenjara 10 Tahun Sebabkan Kematian Lelaki Bangladesh

Seorang pekerja kedai tayar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh, menggunakan parang dalam satu pergaduhan pada Oktober lepas. Kelihatan Wan Mohd Fauzan Wan Lateh, 28, dibawa keluar oleh anggota polis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman kepadanya yang berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 12 Disember di Shah Alam, Rabu. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai tayar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh, menggunakan parang dalam satu pergaduhan pada Oktober lepas.

Hakim Slamat Yahya memerintahkan Wan Mohd Fauzan Wan Lateh, 28, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 12 Disember.

Lelaki itu bersama-sama seorang lagi tertuduh, T.Uthayan didakwa menyebabkan kematian Md Shiblu Sheikh, 25, operator kilang, di depan kedai di Seksyen 15 di sini pada 8.40, 25 Oktober lepas.

Wan Mohd Fauzan didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda. Uthayan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 6 Februari ini untuk sebutan kes.

Mengikut fakta kes, laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk luka tetak pada bahagian kanan dan kiri kepala serta luka hirisan pada bahagian tepi kiri atas kepala.

Mangsa meninggal dunia disebabkan luka tetak di tepi kanan kepala telah mencederakan otak kanannya yang turut menyebabkan keretakan dan pendarahan pada tengkorak.

Terdahulu, Wan Mohd Fauzan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia perlu membantu menyara keluarga berikutan bapanya telah meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kerana kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius sehingga menyebabkan kehilangan satu nyawa.

"Walaupun fakta kes menyatakan terdapat pergaduhan antara tertuduh dan beberapa lelaki Bangladesh, namun perbuatan tertuduh tidak boleh diambil kira sebagai mempertahan diri jika dilihat pada kecederaan mangsa yang terlampau banyak dari bahagian kepala hingga ke bahagian paha.

"Tertuduh juga bukan pesalah pertama kerana pada 2006 dia disabitkan dengan kesalahan membawa senjata berbahaya ke tempat awam dan didenda RM500," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain